NADI X Keusahawanan (NADI KIDSVENTURE) Webinar Atas Talian
22 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2026, bermula pukul 9.00 pagi, NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan NADI Kidsventure (Pemasaran 1) iaitu Webinar Atas Talian.
Webinar ini merupakan sesi perkongsian ilmu secara dalam talian yang memberi pendedahan asas tentang konsep dan strategi pemasaran kepada peserta, khususnya usahawan muda dan ibu bapa yang ingin membangunkan perniagaan. Webinar ini menekankan kefahaman tentang kepentingan pemasaran digital, cara mengenalpasti sasaran pelanggan, penggunaan media sosial sebagai platform promosi serta teknik membina jenama yang berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: